Sunday 8 May 2016

15 STRATEGI NAIKKAN SALES UNTUK PENIAGA BAZAAR RAMADHAN

Terima kasih kerana membuat langkah yang betul.. So dalam artikel ini saya akan kongsikan 15 Strategi naikkan sales di Bazaar Ramadhan.. Diharap post ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menaikkan sales di Bazaar Ramadhan nanti..


Sebelum tu, izinkan saya memperkenalkan diri, anda boleh panggil saya Izz dan seorang lagi partner saya, Anuar. Beliau juga akan membuat perkongsian dari semasa ke semasa. Ok jom kita mulakan.

Untuk yang mungkin dah terlupa, saya akan recap balik 5 Strategi pertama selepas strategi ke-15 ok?


STRATEGI 6 - BUAT OFFER

Pernah tak jalan-jalan di shopping mall waktu dekat-dekat nak raya? Mesti anda perasan kan, banyak betul kedai-kedai atau butik akan buat promosi diskaun, beli 1 percuma 2 dan macam-macam lagi lah. Kemudian jika anda perasan lagi, mereka akan letak offer tu BESAR BESAR punya..

Cuba kita apply strategi ni pulak untuk Bazaar Ramadhan anda. Anda boleh letak besar-besar offer yang anda nak bagi. Contohnya Beli 2 percuma 1. Ataupun jika beli 1, belian yg seterusnya dapat diskaun 50%. Apa-apa sahaja yang boleh tarik pembeli untuk beli di gerai anda. Dapat?


STRATEGI 7 - BUAH BUAHAN

Haa strategi ini sesuai untuk yang menjual minuman buah buahan. Letakkan buah buahan sebenar minuman yang anda jual. Contohnya jika anda ada jual air Mangga, letakkan beberapa buah mangga di depan balang air mangga.

Bila kita letakkan buah-buahan di depan, ia akan membuatkan pembeli terfikir wah mesti sedap air ni, mesti fresh ni, nak beli lah.. Kan? Tapi dengan syarat anda pastikan air tu sedap lah, kalau tak sekali tu je lah pembeli tu beli dengan anda..


STRATEGI 8 - ALAS MEJA

Ini yang ramai peniaga lupa nak buat. Pastikan alas meja tu bersih setiap hari. Jika alas meja sudah terlalu lusuh atau lama, tukar dengan yang baru. Kebersihan dan kekemasan ni penting kerana ini lah benda pertama yang pembeli anda tengok jugak.

Bayangkan anda pergi ke kedai makan yang keseluruhan kedainya kotor, meja macam dah nak patah, meja tak berlap dan sebagainya, anda rasa anda nak teruskan makan di kedai tu atau tak? Agak-agak anda makanan tu bersih atau tak ya?


STRATEGI 9 - JERIT JERIT

Jangan segan untuk panggil pelanggan untuk beli dengan anda. Buangkan rasa malu, anda perlu ingat lebih 90% dari pembeli anda tu bukan kenal anda pun. 

Saya masih ingat lagi kisah kawan saya masa mula-mula menjual di bazaar ramadhan, memang segan nak jerit-jerit ni. Suatu hari datang seorang lagi kawan saya saja nak tolong katanya. Sampai-sampai je dia terus jerit, "MARI MARI BELI AIR SOYA SEDAP, RM2 JE SATU". Tak sampai 5 minit, penuh dah gerai dia orang datang beli. Nampak tak kat situ kuasa jeritan.

Tapi jangan terlalu all out sampai berdarah anak tekak pulak tau, cukup sekadar nak panggil orang.


STRATEGI 10 - BAHAGIKAN TUGAS

Jika anda bersama partner dalam 2-3 orang, kalau boleh bahagikan tugas awal-awal. Sorang tukang ambil duit dan bagi baki duit, sorang tukang bungkus dan sebagainya. Jangan semua orang buat semua kerja, nanti tak tersusun. Percayalah.


STRATEGI 11 - TUNJUKKAN KEPANTASAN

Strategi ini mungkin anda tak biasa dengar. Caranya anda kena latih diri anda buat kerja dengan pantas. Contohnya bila ada orang beli air, anda bungkus dengan cara paling pantas anda boleh buat. Pembeli akan suka tengok anda buat kerja cepat. Seperti lihat persembahan pulak..

Saya masih ingat lagi hampir tiap-tiap minggu kami akan beli Mee Hun Sup di gerai yang sama semata-mata sebab kagum lihat sorang brader ni cedokkan sup ke dalam plastik tak sampai 1 saat. Dari ceduk sup hinggalah pulangkan baki duit, sangat super duper pantas.


STRATEGI 12 - PAKAIAN

Ok pakaian pun ada strategi tau. Sama macam kekemasan dan kebersihan gerai, pastikan pakaian yang dipakai menampakkan kita seorang yang bersih. Kalau boleh pakai Apron. Ia akan membuatkan pembeli nampak anda seperti professional.

Saya pernah nampak ada seorang peniaga ni, beliau jual roti pau sahaja. Tapi pakaian dia memang A++. Dia akan pakai baju chef siap dengan topi chef yang tinggi tu setiap hari. Ramai yang beli dengan dia kerana nampak seperti professional dan akan assume wah ni mesti resepi chef ni pau ni.. mesti luar biasa ni rasa dia..


STRATEGI 13 - SEDEKAH

Pernah dengar tak jika kita bersedakah, Allah akan balas 10 kali ganda rezeki kita. Tapi jangan salah faham, rezeki ni ada macam-macam, ada rezeki duit, rezeki kesihatan, rezeki kebahagiaan dan macam-macam lagi.

Jadi, caranya adalah, apabila dah dekat-dekat nak azan tu, anda sedekah je mana lagi yang belum terjual kepada pembeli-pembeli last minute. Mereka pasti gembira dapat makanan/minuman percuma. Kat sini kena yakin Allah akan balas kebaikan kita.


STRATEGI 14 - KAJI PESAING

Anda perlu kaji pesaing anda. Lihat apa yang pesaing buat dan lihat apa kelemahan pesaing. Contoh pesaing anda Jual Ayam Goreng. Anda pun jual Ayam Goreng. Anda cari kelemahan dia. Oh ok gerai dia tak guna banner, peniaga pula tak pakai apron. Ataupun ayam dia kecik. Anda boleh buat ayam yang saiz lebih besar, ada banner dan pakai apron. Senang kan?

Agak-agak kalau anda jadi pembeli, anda nak beli di gerai yang mana?


STRATEGI 15 - JANGAN FIKIR UNTUNG

Eh jangan fikir untung? Nak meniaga mestilah fikir untung, apa la Izz ni. Hee jangan salah faham ok.. Maksud saya, jangan terlalu fikir nak untung banyak sangat, target supaya dapat seramai mana repeat customer selagi boleh? Macamana nak dapat repeat customer? Bagi betul-betul apa yang mereka mahu, masih ingat strategi 1? SEDAP + BANYAK + BERBALOI


Untuk recap kembali strategi 1 hingga 5, dibawah ni saya letakkan balik untuk bacaan anda ok :

STRATEGI 1 - SEDAP, BANYAK, BERBALOI

Pastikan makanan atau minuman yg anda jual anda buat betul2. Bagi 100%. Jangan kedekut bahan. Bt betul2 sedap punya, bagi banyak, harga pulak jgn la mahal sgt. Anda buat ni, insyaAllah ramai yg skali cuba, esok datang lagi..siap bawak kawan lagi tu!



STRATEGI 2 - CARI KELAINAN


1st day bazaar ramadhan tahun ni, tengok keseluruhan gerai2 lain di tempat bazaar anda, lihat apa mereka jual. Contohnya, jika anda jual nasi ayam dan anda lihat ramai org lain jual benda yg sama.. cuba fikirkan bagaimana anda nak buat kelainan..
.
Mungkin anda boleh buat 'Nasi Ayam Lemon'. Ataupun 'Nasi Ayam Warna Warni', atau apa2 saja yg boleh membuatkan produk anda nampak unik berbanding pesaing anda.


STRATEGI 3 - UPSELL


Pernah tak anda pergi KFC? Perasan tak setiap kali anda buat order, staff yg ambil order tu mesti akan tanya nak tambah XX ni tak? YY ni nak tambah tak? 
.
Anda boleh apply teknik upsell ni untuk bazaar ramadhan jugak tau. Contoh anda boleh cakap, "nak tambah lagi satu tak kak? kalau tambah lagi 1 harga jadi XYZ je". Faham kan? Jangan malu nak upsell, Tanya je, tak rugi duit pun.



STRATEGI 4 - KUANTITI BERBEZA


Strategi ni biasanya digunakan oleh peniaga minuman. Untuk setiap produk, buatkan 2 atau 3 saiz atau kuantiti yg berbeza dgn harga yg berbeza. Ok saya bagi contoh ya :
- Air mangga saiz kecil RM1.50
- Air mangga saiz sederhana RM1.80
- Air mangga saiz besar RM2.20
.
Tujuannya untuk kita psyco pembeli. Contoh bila pembeli nak beli yang saiz kecil, tapi tambah lagi 30 sen je dah boleh dapat yg sederhana, tak nak lah ambik yg kecil. Nampak kan?


STRATEGI 5 - BANNER + COPYWRITTING


Dr Azizan Osman pun banyak rekemenkan peserta2nya menggunakan banner marketing. Kenapa ya? Banner boleh menarik perhatian pembeli dari jauh lagi.

Tapi setakat gantung banner saja tak cukup, anda perlu tau jugak apa yg nak ditulis dan apa yang tak perlu tulis, apa warna yg sesuai dan sebagainya. Betul tak, so teruskan membaca ok..

- Headline : Tuliskan besar2 main produk anda
- Body : Letakkan gambar produk anda dan promosi anda
- Warna : gunakan warna2 yg menyerlah, yg senang orang nampak dari juah
- Design : pastikan design nampak kemas dan cantik, jangan letak terlalu byk maklumat, letak yg penting2 sahaja dah cukup

Untuk strategi banner, ingat benda ni, tujuan utama anda letak banner di gerai anda adalah untuk tarik perhatian pembeli dari jauh, benda2 kecik yg lain pembeli boleh tny anda je, yg penting mereka dah tertarik nak ke gerai anda.

Disarankan membuat tempahan awal untuk Strategi Banner ni kerana mengikut pengalaman kami, tempahan yang last minute akan timbulkan masalah kerana masa tu jugak ada beratus-ratus lagi peniaga lain nak print masa tu jugak..


DI BANNER KIZ, KAMI MENYEDIAKAN SERVIS DESIGN DAN PRINTING BANNER PALING CANTIK DAN PALING CEPAT SIAP DI MALAYSIA. KAMI JUGA TAU BAGAIMANA NAK DESIGN BANNER YANG BOLEH MENARIK PERHATIAN PEMBELI UNTUK KOS YANG SANGAT RENDAH.

Jika berminat,
Whatsapp <BANNER> ke 013-295 5731 Sekarang!!